TENTANG KAMI

WAHID AHMAD memulakan perniagaan sejak  2011 dan perkhidmatan kami fokus kepada menguruskan permohonan, memperbaharui permit pekerja asing.

Kami juga menguruskan permohonan lesen CIDB untuk kontraktor serta kad hijau untuk pekerja pembinaan.

Untuk perkhidmatan Pekerja Asing, kami manawarkan khidmat permohonan permit pekerja asing, memperbaharui permit pekerja asing, pengurusan dokumen, urusan FOMEMA, pemilihan pekerja dari negara sumber negara asal, permohonan visa, insurans pekerja asing dan menguruskan kemasukan pekerja ke Malaysia dengan cara yang sah.

Kami juga mempunyai jaringan dan komunikasi yang baik di antara syarikat dan agensi pengambilan pekerja di negara sumber pekerja asing dari Indonesia, Nepal, Filipina, Myanmar, Vietnam, Bangladesh dan India.
Untuk permohonan lesen CIDB pula, kami uruskan permohonan lesen dari G1 hingga G7 dan kami mamudahkan syarikat kontraktor mendapatkan lesen, memperbaharui lesen serta memohon kad hijau untuk pekerja mereka.

Moto kami, ‘Setiap Permasalahan Ada Penyelesaian’ menunjukkan komitmen kami untuk menyelesaikan sebarang permasalahan dan isu berkaitan dengan permit pekerja asing dan lesen CIDB. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.